Jangan Sesekali Sholat di 7 Tempat Ini, Karena Rasulullah Sudah Melarangnya

by

Mengerjakan sholat di tempat-tempat berikut ini adalah haram huumnya berdasarkan pendapat Imam Hanbali dan dianggap makruh jika mengikuti pendapat Imam Syafi’e.

Hukum makruh di sisi ulama’ Hanafi pula adalah secara tahrimiyyah kerana kenyataan larangannya terdapat dalam Hadith Sunnah.

Mereka biasanya menyebut perkara ini dalam perbincangan tentang syarat-syarat sembahyang yang berkaitan dengan kebersihan tempat untuk mengerjakan sembahyang.

Berhubung dalam hal ini, Ibn Umar R.Anhuma telah meriwayatkan Hadits:

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يُصَلَّى فِي سَبْعَةِ مَوَاطِنَ : فِي الْمَزْبَلَةِ ، وَالمَجْزَرَةِ ، وَالمَقْبَرَةِ ، وَقَارِعَةِ الطَّرِيقِ ، وَفِي الحَمَّامِ ، وَفِي مَعَاطِنِ الإِبِلِ ، وَفَوْقَ ظَهْرِ بَيْتِ اللَّهِ.

“Bahawa Rasulullah SAW telah melarang pelaksaan sholat di tujuh tempat berikut ini:

  1. di tempat buangan sampah
  2. di tempat penymbelihan hewan
  3. di atas kubur
  4. di jalan raya
  5. di tempat/kamar mandi
  6. di tempat peristirahatan rehat unta
  7. di atas (sutuh) Baitullah.”

Hadits ini jika sah, maka mengikut ulama’ Hanbali hanya menunjukkan haram mengerjakan sembahyang di tempat yang telah disebutkan itu.

Hikmah larangan tersebut dan juga hukumnya secara terperinci boleh dirujuk dalam kitab al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 1/826.

Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita terutamanya berkaitan agama Islam yang kita anuti dan kita amalkannya ini.

Sumber: islamituindah.info

Loading...
loading...
loading...