Anak Akan Jarang Menangis, Mengamuk dan Rewel, Jika Ayahnya Meluangkan Waktu Lebih Banyak Untuk Mereka

by

Tentu sebagai orang tua kita akan sebel bila tingkah laku anak yang rewel, gampang menangis dan gampang mengamuk.

Bila kita tidak sebagai orang tua yang sabar, maka tak jarang kita bisa memarahi dan membentak anak. Padahal membentak anak itu berdampak buruk terhadap tumbuh kembangnya.

Nah ternyata ayah yang meluangkan waktu dengan anaknya lebih banyak dan dekat dengan anak bisa membuat anak lebih jarang menangis dan rewel lho.

Wahai Papa, apabila anda meluangkan lebih masa dengan mereka, bersedialah untuk melihat 5 kesan luar biasa ini:

1. Bayi Kurang Menangis
Faham-faham sajalah ada sesetengah bayi memang kerap menangis walaupun kita tak tahu puncanya. Lampin dah ditukar, susu dah diberi, perut dah disapu minyak, suasana bilik pun tak terlalu panas atau sejuk.

Semuanya serba selesa! Jadi, memang pening bila bayi tetap menangis dan asyik merengek seolah-olah ada sesuatu yang tak kena.

Sebuah kajian tahun 2017 yang diterbitkan dalam Jurnal Child: Care, Health and Development mendapati bahawa apabila seorang ayah banyak terlibat dalam menjaga bayi dan menguruskan keperluan mereka seperti memberi susu, menukar lampin, memandikannya – ia akan membuat bayi anda kurang meragam!

Dalam penemuan tersebut, kebarangkalian untuk bayi anda mendapat colic atau sawan tangis adalah lebih rendah peratusannya apabila Papa kerap meluangkan masa dengan bayi.

Alasannya, penglibatan seorang ayah untuk menguruskan bayi ini akan membuat ibu kurang stres dan lebih gembira – dan ini adalah faktor utama yang menjadikan bayi sentiasa tenang dan ceria.

2. Berpotensi Menjadi Cerdik dan Bijak
Sebuah kajian yang diterbitkan dalam Science Daily mendapati bahawa bayi berusia 2 tahun mencapai keputusan yang lebih baik dalam ujian kognitif hasil penglibatan aktif ayah mereka.

Lebih banyak interaksi seorang ayah dengan anak, lebih baik hasil keputusan ujian tersebut.

Selain itu, pemerhatian selama 4 dekad yang diterbitkan oleh British Journal Evolution and Human Behaviour juga membuktikan bahawa anak-anak ini yang berusia 0 hingga 5 tahun memiliki IQ lebih tinggi berbanding anak-anak yang menerima kurang perhatian daripada bapa mereka.

3. Anak Jarang Mengamuk
Mungkin dahulunya kita selalu menganggap ayah hanya memainkan peranan untuk menghukum atau memarahi anak apabila ibu-ibu tak dapat mengawal anak mereka lagi.

Tapi sebenarnya hubungan ayah yang erat adalah kunci utama dalam membentuk peribadi serta tingkah laku anak-anak.

Menurut hasil pemerhatian sekumpulan pengkaji dari Universiti Oxford mendapati bahawa emotionally involved dads ini jarang memiliki anak yang bermasalah dalam usia remaja mereka.

4. Anaka Akan Selalu Gembira dan Ceria
Siapa tak gembira kalau dapat perhatian daripada orang yang kita sayang, kan? Begitu juga dengan anak-anak kita.

Kalau nak tahu, Belanda – iaitu salah satu negara yang mempunyai rakyat paling gembira di dunia – mempunyai ‘papa dag’ bermaksud ‘hari bersama ayah’.

Tidak, ia bukan sehari dalam setahun dan ia bukanlah sambutan Hari Bapa. Sebaliknya, ia adalah sehari dalam seminggu yang biasa diluangkan oleh anak khusus bersama ayah mereka.

Bagi mereka, ia bukanlah sesuatu yang ‘pelik’ bagi seorang ayah untuk membawa anak ke sekolah, membawa anak untuk membeli barang keperluan rumah, bermain di taman, atau membuat apa-apa saja yang lebih selalu kita nampak dilakukan oleh seorang ibu bersama anak. Mungkin inilah salah satu rahsia kebahagiaan mereka!

5. Sukses di Masa Depan
Dengan penglibatan seorang ayah secara hands-on, dah tentu mereka lebih memahami anak mereka secara emosi dan psikologi.

Interaksi inilah yang memberi anak lebih keyakinan dan kekuatan untuk terus berjaya dalam hidup.

Maka tak hairanlah anak-anak ini dapat membesar dengan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang yang sukses di masa depan, seperti yang telah terbukti dalam banyak kajian.

Sumber: momonganak.org

Loading...
loading...
loading...