3 Mata Ini Tidak Akan Dibakar Dalam Neraka Jahannam Kelak

by

Ulama’ salaf mengatakan, “3 mata tidak akan menangis ketika kedahsyatan Qiyamat dan tidak akan dibakar dalam Api Neraka Jahannam iaitu: – Mata yang menangis kerana Allah (takut kepada Allah), mata yang berjaga malam dalam jihad di jalan Allah dan mata yang berjaga malam kerana membaca dan mengkaji kitabullah.”

Dalam al-Fawa’id al-Hisan oleh ‘Ali al-Khal’ei (w492H), dari Mu’awiyah ibn Haydah R.A., “… dan mata yang menundukkan pandangannya dari perkara2 yg diharamkan Allah.”

Mati Itu Lebih Baik Dari Hidup
Al-Imam Ibn Jarir al-Tabari, meriwayatkan dengan sanadnya bhw Abu Darda’ r.a. berkata,

ما من مؤمن إلا والموت خير له، وما من كافر إلا والموت خير له، ومن لم يصدقني فإن الله يقول: ( وَمَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ لِلأبْرَارِ ) ويقول: وَلا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ خَيْرٌ لأَنْفُسِهِمْ إِنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ لِيَزْدَادُوا إِثْمًا وَلَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ

 

“Tiada seorg mukmin pun melainkan mati lebih baik baginya. Firman Allah; … dan apa yang ada di sisi Allah lebih baik bagi orang-orang yang baik (beriman dan bertaqwa) yaitu syurga serta sungai-sungai yang kekal abadi. Ali ‘Imran ayat 198. Tiada seorang kafir pun melainkan mati itu lebih baik baginya Allah swt berfirman, dan janganlah sesekali orang-orang kafir menyangka bahwa sesungguhnya Kami tangguhkan bagi mereka itu suatu yang baik baginya, karena sesungguhnya Kami memanjangkan umur mereka supaya bertambah dosa dan bagi mereka azab yang menghinakan” (Ali ‘Imran : 178)

Juga kerana mati itu adalah taqdir Allah, maka semua taqdir Allah adalah lbh baik bg stp hamba. Dalam hadits, “Tidaklah ALlah mentaqdirkan utk seseorg hamba suatu taqdir melainkan itu adalah lebih baik baginya.” HR Ahmad.

Oleh: Ust Abu ‘Azzam Abid ibn Muhammad Nuur

Sumber: binusrah.blogspot.co.id

Loading...
loading...
loading...